Entry: ** Selamat Hari Raya Aidilfitri ... ** Oct 12, 2007



Assalamualaikum…..

 

 

Alhamdulillah, dah sebulan kita berpuasa. Sekarang tiba masanya kita menyambut hari raya. Hope korang sume bergembira di samping keluarga tersayang. Wink

 

So, sempena ari raya ni….sy nak menyusun sepuluh jari memohon ampun & maaf. Yer la, walaupun kita semua tidak pernah bersua muka……tapi mana la tau kot˛ ada kata-kata sy di dalam blog ni menyinggung perasaan sesetengah pihak. Jadi, sy ingin memohon ampun dan maaf.

 

Raya ni sy mungkin xkn pulang ke kampong. Coz, ayah pun dah meninggal. Keseronokan raya tu dah sedikit hilang. Raya ala kadar je la. Sy akan menyambut raya dgn keluarga di Gombak & insya-allah sambut hari raya ke-2 dengan insan yg tersayang. (Alhamdulillah abg, ni kali ke-2 kita menyambut raya bersama. Semoga hubungan yg indah ini kekal sehingga ke akhir hayat, insya-allah).

 

Kepada yg makan ketupat, lemang, rendang & kuih-muih tu, jgn makan sampai kembung tau. Ingat˛ la ckit. Tp dlm masa yg sama, tolong mkn utk sy sekali ekk. Heheheh.

 

Yang memandu tu tolong la berhati-hati di jalanraya. Ingatlah orang yg tersayang.

 

Semoga raya kali ini memberi lebih kebahagian buat kawan˛ semua.  Big Smile

 

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments